Saturday, April 9, 2011

kisah pengantin dan kak limah


Kisah ini berlaku kat kampung pisang... 

Kawan aku ni seorang salesman wilcha, bercinta dgn seorang anak toke warung di kampung pisang...Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman wilcha je...

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri ke singapore.. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dan di warungnya(yang ada waifai tu) dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di kampung pisang dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. 

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat warung pak jabit, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn
lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua berambut ngerbang meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu sambil menyanyikan lagu enjit2 semut..., kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, dia    pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"

Ni lah Sabun Basuh cap popinjey.., letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...

err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... enjit2 semut sape sakit naik atas....


hehehehhhhehehehh......

0 comments:

Post a Comment

x boley COPYCAT.......!!!!!